Berita oleh Mohammad Firdaus bin Rooslee

PERLIS, 3 OKTOBER 2022 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ), Perlis telah menyertai Pertandingan Video Pendek Ikram-Musleh Antarabangsa 2022 (PVPIMA’22) pada tahun ini. SRIAZ telah berjaya merangkul kemenangan dalam tiga acara iaitu pertandingan bercerita, khitobah dan bicara berirama secara atas talian.

Saudari Nur Iman Safiyya binti Nur Saifullah dari 3 Uthman telah dinobatkan sebagai johan bagi acara bercerita. Manakala, Saudari Nur Insyirah Hani binti Nur Saifullah dari tahun 6 Talhah telah mendapat tempat ketiga dalam acara khitobah. Bagi acara berkumpulan lelaki pula, SRIAZ berjaya menempa nama pada kedudukan kelima dalam acara bicara berirama yang rata-rata muridnya dari kelas tahun 3, 4, 5 dan 6.

Nur Insyirah Hani Nur Saifullah (Tempat Ke-3 Khitobah) dan Nur Iman Safiyya Nur Saifullah (Johan Bercerita) bergambar bersama guru jurulatih.
Kumpulan peserta acara berirama (Tempat ke-5).

Menurut guru besar Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Muallimah Afifah Aliya binti Abdul Hamid, kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar pada tahun 2022. Kejayaan yang ibarat bulan jatuh ke riba ini telah mengharumkan nama sekolah hingga ke persada antarabangsa. Jutaan syabas dan tahniah buat semua peserta yang mengambil bahagian dan para guru yang bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan ini milik kita semua. Menurut beliau, kemenangan ini hasil jerih-perih pengorbanan para peserta dan jurulatih mereka yang sentiasa komited dan berdaya saing dalam latihan sebelum pertandingan.

Usaha murni jurulatih dalam memastikan keaslian teks yang dihasilkan merupakan pengorbanan terbesar yang menyumbang kepada kemenangan. Murid juga menunjukkan minat dan proaktif terhadap seni persembahan semasa sesi latihan dijalankan.Tambahan pula, aktiviti di luar kelas sebegini memberi pengalaman baharu terhadap murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.Tidak dilupakan juga, untuk acara yang belum menempa kejayaan pada tahun ini, Insya-Allah kita akan teruskan dengan usaha pada tahun mendatang.

Muallimah Amirah Balqis binti Jasni, Penolong Kanan Kokurikulum, SRIAZ

Tulang belakang terhadap kemenangan acara antaranya ialah Muallimah Anis Sabirin binti Mazlan, iaitu jurulatih bagi acara bercerita, Muallim Wan Salahuddin bin Wan Muda, jurulatih acara khitobah dan gandingan bersama, Muallim Mohammad Firdaus bin Rooslee beserta Muallim Mohd Khairul Ifwat bin Jamri dalam acara bicara berirama.

Potensi murid di Sekolah Rendah Islam Al-Azhar semakin menyerlah apabila mereka diberi peluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum luar sekolah. Ini terbukti apabila banyak kemenangan telah dirangkul sepanjang tahun 2022. Pada masa yang sama, keyakinan murid bertambah apabila mereka berani tampil ke hadapan untuk menyertai pertandingan yang telah dianjurkan. 

2550, KM 2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis
admin@sriaz.edu.my
04-986 7137

Laman
Kurikulum
Yuran
Pendaftaran

© 2022 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar
Designed by Abu Amru


Facebook


Twitter


Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *