AKADEMIK CEMERLANG

SAHSIAH TERBILANG

Sekolah Rahmah Melahirkan Generasi Rabbani

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

SRIAZ komited untuk menyediakan pembelajaran yang menyeluruh dari segi duniawi dan ukhrawi. SRIAZ juga bersungguh-sungguh membekalkan anak-anak dengan sistem tarbiah yang berterusan. Kokurikulum pula adalah agar anak-anak mendapat pengalaman dunia sebenar dan semuanya berlaku dalam ruang yang selamat dan selesa hanya untuk anak-anak SRIAZ.

ANUGERAH 5 BINTANG SISTEM KUALITI IKRAM MUSLEH (SKIM)

PREMIS HARAPAN SEKOLAH AGAMA SWASTA 2022/2023

SEKOLAH TERBAIK UPKK NEGERI PERLIS TAHUN 2021

KURIKULUM YANG HOLISTIK

SRIAZ menawarkan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama Kurikulum IKRAM Musleh yang melengkapkan diri seorang murid Musleh Wa Musleh yang seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. 

SRIAZ juga menyediakan kelas SIPs (KAFA) untuk memantapkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menduduki UPKK.

TARBIAH YANG BERTERUSAN

Di SRIAZ, tarbiah merupakan tiang seri penubuhannya. Justeru pelaksanaan elemen tarbiah dipastikan ada dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Selain daripada perjumpaan mingguan, murid juga didedahkan dengan Aqidah Merentas Kurikulum (AMK)

Di luar bilik darjah pula, tarbiah murid diterapkan di dalam aktiviti Tunas Remaja IKRAM Musleh dan pelbagai aktiviti lain.

KOKURIKULUM DI SRIAZ

Tidak hanya menekankan aspek kurikulum, SRIAZ juga menggalakkan murid-muridnya aktif dalam kokurikulum agar murid dapat menjadi manusia yang lengkap dan sempurna dari segala aspek.

Komitmen SRIAZ telah membuahkan kejayaan-demi kejayaan di peringkat negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan.

KEBAJIKAN MURID

SRIAZ menitikberatkan kebajikan murid suapay murid dapat suasana pembelajaran yang harmoni, selesa, selamat dan kondusif. Pelbagai inisiatif serta program dijalankan untuk mencapai matlamat tersebut.

SRIAZ juga sentiasa berhubung dengan jabatan-jabatan tertentu seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis dan Balai Bomba untuk memastikan anak-anak belajar dalam keadaan yang sihat dan selamat.

LOKASI

2550, KM2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis

MASA OPERASI

8:00 AM – 5.00 PM
Isnin – Jumaat

HUBUNGI KAMI

No. Telefon: 04-970 6190
Email: sriaz.arau@musleh.edu.my

Hak cipta Sekolah Rendah Islam Al-Azhar 2024. Laman web direka bentuk dan dibina oleh Abu Amru.