Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum yang menggabungjalinkan ilmu aqli dan naqli bagi melahirkan individu yang memperaktikkan Islam sebagai satu cara hidup.
Menerapkan budaya cinta ilmu dan cinta Allah s.w.t bagi memupuk potensi dan membimbing ke arah pertumbuhan peribadi yang seimbang dan berakhlak Al-Quran.
Mewujudkan persekitaran yang mampu menjana pemikiran positif dan kreatif serta membina individu yang berdisiplin, berdikari, berdaya saing, dan boleh memimpin.