PAKAIAN SERAGAM

Para pelajar di Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ) diwajibkan untuk memakai uniform yang telah ditetapkan seperti di bawah sepanjang berada di sekolaha atau sepanjang mengikuti program di bawah sekolah.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Ini adalah pakaian seragam asas untuk semua pelajar.

Pelajar lelaki memakai baju kemeja putih lengan pendek dan seluar panjang biru berwarna biru gelap. Pelajar lelaki juga mesti memakai kopiah berlogo sekolah dan boleh didapati di koperasi sekolah.

Pelajar perempuan pula memakai baju kurung berwarna putih bersama kain sarung biru gelap. Tudung labuh menutup dada berwarna biru gelap dan mesti dibeli di koperasi sekolah.

Semua pelajar dikehendaki memakai stokin hitam dan kasut sekolah berwarna hitam apabila datang ke sekolah.

PAKAIAN SUKAN SEKOLAH

Ini adalah pakaian sukan untuk semua pelajar.

Pelajar lelaki memakai baju kemeja merah gelap (beli di koperasi sekolah) dan seluar sukan berwarna hitam. Pelajar lelaki juga mesti memakai kopiah berlogo sekolah dan boleh didapati di koperasi sekolah.

Pelajar perempuan pula memakai baju sukan labuh berwarna merah gelap (beli di koperasi sekolah) bersama seluar sukan berwarna hitam gelap. Tudung labuh menutup dada berwarna biru gelap dan mesti dibeli di koperasi sekolah.

Semua pelajar dikehendaki memakai stokin hitam dan kasut sekolah berwarna hitam apabila datang ke sekolah.

BERHUBUNG

2550, KM2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis

sriaz_arau@musleh.edu.my

04-986 7137

LOKASI

MESEJ

Hak cipta Sekolah Rendah Islam Al-Azhar 2024. Laman web direka bentuk dan dibina oleh Abu Amru.