54 Warga SRIAZ Berjaya Menamatkan Larian IENVR

Berita oleh Muhamad Hafizuddin Ali

ienvr berita f img
Encik Wan Salahuddin mewakili guru menerima sijil daripada Guru Besar SRIAZ

PERLIS, 3 OKTOBER – Seramai 54 warga SRIAZ berjaya menamatkan larian 3rd IENVR’22 pada tahun ini. Sijil penyertaan larian telah diserahkan oleh Guru Besar sekolah, Puan Afifah Aliya kepada wakil guru dan wakil-wakil murid pada waktu perhimpunan sekolah pagi tadi.

Puan Amirah Balqis selaku PK Kurikulum sekolah memaklumkan kepada pemberita bahawa 90 penyertaan telah diterimanya pada tahun ini.

Tahun 2022 menyaksikan peningkatan penyertaan murid untuk acara ini. Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan membuktikan kreativiti dan kerjasama antara waris dan murid serta memenuhi muwasafat tarbiah.

Wakil kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 menerima sijil daripada Guru Besar SRIAZ

IENVR yang juga dikenali sebagai Virtual Eco Run adalah pertandingan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum IKRAM-MUSLEH setiap tahun. Pertandingan dijalankan secara maya dan setakat ini dua kategori yang boleh disertai iaitu kategori 5km dan 10km.

Peserta larian perlu mengemaskini larian mereka menggunakan aplikasi-aplikasi larian dan melaporkan pencapaian larian mereka kepada penganjur secara atas talian menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut laman sesawang penganjur, IENVR bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat kepada peserta. Di samping itu, murid juga boleh mendapatkan sijil PAJSK peringkat antarabangsa dengan menyertai dan menamatkan larian IENVR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2550, KM 2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis
admin@sriaz.edu.my
04-986 7137

Laman
Kurikulum
Yuran
Pendaftaran

 

© 2022 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar
Designed by Abu Amru