Gema Selawat di Bumi SRIAZ

Berita oleh Sidang Media SRIAZ

PERLIS, 7 OCTOBER – Pada hari Jumaat, penghulu segala hari, Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Perlis telah mengadakan majlis penutupan Minggu Cinta Rasul yang berlangsung pada 3 Oktober sehingga.7 Oktober.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan menulis jawi, kuiz sirah Rasulullah, selawat secara beramai-ramai pada setiap waktu pertukaran kelas dan kempen jom amalkan sunnah.

Gema selawat berkumandang dengan penuh semangat kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W pada hari Jumaat. Waktu mentor mentee digantikan dengan majlis penutupan ini dimana-mana semua murid dikehendaki untuk mengalunkan alunan selawat secara bersama-sama. Murid membuat bulatan seterusnya bersalaman antara satu sama lain. Secara tidak langsung, mahabbah dan kecintaan sesama sendiri dapat diterapkan.

Menurut Penolong Kanan Tarbiah Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Muallim Wan Salahuddin bin Wan Muda, Minggu Cinta Rasul diadakan adalah bagi menghayati amalan sunnah Rasulullah dan memuhasabah diri sama ada sudah menyintai nabi atau hanya sekadar sebutan yang dilazimi. Menurut beliau, program ini tidaklah hanya sekadar seminggu sahaja, bahkan perlu diamalkan selama-lamanya. Murid juga perlu diterapkan mengenai personaliti baginda nabi kepada mereka supaya menjadi ikutan dan suri teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Tambahan pula, dewasa ini berlaku pelbagai senario yang mencolok mata yang perlu dikikis dan ditangkis dengan cara menghayati sunnah baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2550, KM 2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis
admin@sriaz.edu.my
04-986 7137

Laman
Kurikulum
Yuran
Pendaftaran

 

© 2022 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar
Designed by Abu Amru