Guru Muda Bahasa Melayu Lonjakkan Prestasi

Berita oleh Mohammad Firdaus Rooslee

PERLIS, 26 SEPTEMBER – Seramai 12 orang murid telah dilantik sebagai guru muda Bahasa Melayu Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Arau, Perlis. Lantikan ini disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Muallimah Afifah Aliya binti Abdul Hamid.

Menurut ketua panitia Bahasa Melayu, Muallim Mohammad Firdaus bin Rooslee, program guru muda ini bertujuan untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan muda yang berkemampuan tinggi dalam melahirkan generasi cinta akan bahasa. Program ini merupakan program julung kali dianjurkan di sekolah ini. Fokus dan target utama program ini ialah tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Beliau berkata, terdapat kriteria utama yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan guru muda ini iaitu prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan dan juga keterlibatan murid semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan.

Lantikan ini telah dianugerahkan kepada murid tahun 5 dan 6. Guru muda dari tahun 5 terdiri daripada Ammar Zihni,Amir Afnan,Fatimah Az-Zahra dan Wan Aimy Nurdeeni. Manakala, tahun 6 terdiri daripada Thaqif,Rayyan,Abqari,Insyirah Hani,Aleesya Safiyya,Amirah Husna,Fatini Nur Khalili dan Auni Zafirah. Masing-masing guru muda mendapat ahli kumpulan dan rakan didik mereka  daripada tahun 4.

            Majoriti guru muda ini mendapat skor cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Mereka memperoleh A bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu iaitu Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Kertas Bahasa Melayu Penulisan. Muallim Firdaus berkata, guru muda ini berpotensi besar dalam membantu pihak sekolah melonjakkan prestasi murid secara lompatan saujana. Hal ini kerana, guru muda yang dilantik merupakan murid yang mempunyai kecemerlangan bahasa terutamanya dalam bahagian penulisan karangan

Picture of Mohammad Firdaus Rooslee

Mohammad Firdaus Rooslee

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2550, KM 2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis
admin@sriaz.edu.my
04-986 7137

Laman
Kurikulum
Yuran
Pendaftaran

 

© 2022 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar
Designed by Abu Amru