Berita oleh Sidang Media SRIAZ
Arau, 8 Julai 2023 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ) telah menganjurkan kursus “Creating A Meaningful Project-Based Learning” di laman sekolah pada 3 Julai 2023. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr M. Tazli Azizan dan Mr Don daripada Skolar Akademy.
Kursus ini diadakan dengan tujuan utamanya adalh untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru SRIAZ berkenaan dengan aplikasikan teknik mengajar dan penilaian alternatif menggunakan pendekatan Project-Based Learning. Pendekatan Project-Based Learning di dalam bilik darjah nampaknya semakin diperlukan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi abad ke-21 yang sangat mencabar. Dr M. Tazli Azizan sepanjang penyampaiannya memberikan panduan yang praktikal dalam merancang, melaksanakan, dan menilai projek-projek yang relevan dengan dunia sebenar.
Pada tarikh 8 Julai 2023 pula, berkesinambungan daripada kursus sebelumnya, sebuah bengkel dalaman (in-house training) bertajuk “Improving Facilitation Skill in Project & Problem-Based Learning” telah diadakan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Muallimah Iffah dan Muallimah Syairah.
Dalam bengkel separuh hari ini, guru-guru berkongsi cara bagaimana untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah didapati daripada kursus sebelumnya secara hands-on. Di dalam bengkel tersebut guru-guru didedahkan secara langsung tentang langkah-langkah dan kemahiran pemudahcaraan di dalam kelas yang lebih berkesan dengan bantuan alat teknologi komunikasi dan maklumat (TKM), seterusnya menghasilkan sesi pembelajaran lebih dinamik dan interaktif.
Daripada kursus dan bengkel yang berlangsung ini, diharapkan agar pembelajaran di SRIAZ lebih releven dan inovatif pada masa akan datang di samping dapat meningkatkan kemahiran pemudahcaraan di kalangan guru-guru di dalam bilik darjah.