SRIAZ Mencipta Sejarah Lagi Dalam Penyertaan IKK Peringkat Negeri Perlis

Berita oleh Sidang Media SRIAZ

KANGAR, 24 JUN 2023 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ) telah mencipta lagi sejarah baru sekolah dengan menghantar empat orang peserta ke peringkat akhir Pertandingan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) peringkat Negeri Perlis hari ini. Pertandingan yang berjaya dipertaruhkan sehingga ke peringkat akhir adalah Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran.

Adik Ishmal Hakim bersama guru pengiring.

Dari keempat-empat peserta, seorang peserta telah berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran (Lelaki) dan seterusnya layak mewakili Negeri Perlis ke peringkat kebangsaan. Pertandingan Hafazan Al-Quran (Lelaki) telah diwakili oleh adik Ishmal Hakim bin Nor Hisyam. Jurulatih merangkap guru pengiringnya pula adalah Muallim Wan Salahuddin bin Wan Muda.

Adik Furqan dan Nur Iman Safiyya bersama guru pengiring.

Adik Ahmad Furqan bin Faizul Nizam Nazak pula berhasil merangkul tempat kedua Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran (Lelaki), sementara adik Nur Iman Safiyya binti Nur Saifullah berhasil merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Bercerita (Perempuan). Guru pengiring dan jurulatih Pertandingan Bercerita adalah Muallimah Iffah Adnan dan Muallim  Mohammad Firdaus bin Rooslee. Adik Fatimah Az Zahra binti Mohd Nasir juga menerima hadiah sagu hati dalam Pertandingan Hafazan (Perempuan).

Pada tahun ini, SRIAZ telah menghantar wakil bagi memberi saingan dalam beberapa pertandingan sempena IKK. Antaranya adalah Pertandingan Nasyid, Tilawah, Hafazan, Bercerita Kisah Al-Quran, Khat dan Jawi.

Pada tahun lepas pula, adik Nur Iman Safiyya binti Nur Saifullah telah mewakili Negeri Perlis dalam Pertandingan Bercerita Al-Quran (Perempuan) bagi peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2550, KM 2, Jalan Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis
admin@sriaz.edu.my
04-986 7137

Laman
Kurikulum
Yuran
Pendaftaran

 

© 2022 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar
Designed by Abu Amru