Mukhayyam Dakhili 2023: Melatih Kadet Menjadi “Super Muslim”

Kangar, 15 Julai 2023 –  Program Mukhayyam Dakhili telah berlangsung dengan jayanya dengan tema Mukhayyam kali ini  ‘Ana Super Muslim’.  Seperti biasa mukhayyam dakhili bertujuan untuk mendedahkan para murid kepada pengalaman perkhemahan yang sebenar, melatih kemahiran yang dipelajari dalam kelas KRS, serta mengembangkan kemahiran mental, fizikal, dan rohani mereka. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan […]

Pembelajaran Berdasarkan Projek: Membuka Ruang Kreativiti dan Kolaborasi di Dalam Bilik Darjah

Berita oleh Sidang Media SRIAZ Arau, 8 Julai 2023 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ) telah menganjurkan kursus “Creating A Meaningful Project-Based Learning” di laman sekolah pada 3 Julai 2023. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr M. Tazli Azizan dan Mr Don daripada Skolar Akademy. Kursus ini diadakan dengan tujuan utamanya adalh untuk memberikan pendedahan […]

Senarai Para Peserta Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) Peringkat Negeri Perlis

Berita oleh Sidang Media SRIAZ Acara Hafazan Al-Quran Jurulatih:Muallim Salahuddin Peserta:(Lelaki) Muhammad Ishmal Hakim – T5 (Johan)(Perempuan) Fatimah Az Zahra – T6 (Sagu Hati) Peserta Acara Bercerita Kisah Al-Quran Acara Bercerita Kisah Al-Quran Jurulatih: Muallimah Iffah & Muallim Firdaus Peserta:(Lelaki) Ahmad Furqan – T5 (Naib Johan)(Perempuan) Nur Iman Safiyya – T4 (Tempat Ketiga) Peserta Acara Nasyid Acara […]

SRIAZ Mencipta Sejarah Lagi Dalam Penyertaan IKK Peringkat Negeri Perlis

Berita oleh Sidang Media SRIAZ KANGAR, 24 JUN 2023 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ) telah mencipta lagi sejarah baru sekolah dengan menghantar empat orang peserta ke peringkat akhir Pertandingan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) peringkat Negeri Perlis hari ini. Pertandingan yang berjaya dipertaruhkan sehingga ke peringkat akhir adalah Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran. […]

Ziarah Mahabbah Delegasi Manarat Dhaka International School

Berita oleh Sidang Media SRIAZ ARAU, 2 JUN 2023 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar telah menerima dua orang delegasi daripada Manarat Dhaka International School & College, Bangladesh. Tujuan lawatan ringkas tersebut adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan perkongsian antara dua sekolah Islam dari negara yang berbeza. Kedatangan delegasi daripada Sekolah Manaraat disambut dengan ramah oleh pihak […]

Gema Selawat di Bumi SRIAZ

Berita oleh Sidang Media SRIAZ PERLIS, 7 OCTOBER – Pada hari Jumaat, penghulu segala hari, Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Perlis telah mengadakan majlis penutupan Minggu Cinta Rasul yang berlangsung pada 3 Oktober sehingga.7 Oktober. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan menulis jawi, kuiz sirah Rasulullah, selawat secara beramai-ramai pada setiap waktu […]

Rangkul 3 Kemenangan PVPIMA: Ibarat Bulan Jatuh ke Riba

Berita oleh Mohammad Firdaus bin Rooslee PERLIS, 3 OKTOBER 2022 – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ), Perlis telah menyertai Pertandingan Video Pendek Ikram-Musleh Antarabangsa 2022 (PVPIMA’22) pada tahun ini. SRIAZ telah berjaya merangkul kemenangan dalam tiga acara iaitu pertandingan bercerita, khitobah dan bicara berirama secara atas talian. Saudari Nur Iman Safiyya binti Nur Saifullah dari 3 […]

54 Warga SRIAZ Berjaya Menamatkan Larian IENVR

Tahun 2022 menyaksikan peningkatan penyertaan murid untuk acara ini. Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan membuktikan kreativiti dan kerjasama antara waris dan murid serta memenuhi muwasafat tarbiah. Puan Amirah Balqis, PK Kokurikulum SRIAZ

Bengkel Gempak Penulisan 1.0: Impak Maksima

Berita oleh Muallim Mohammad Firdaus bin Rooslee PERLIS, 29 SEPTEMBER – Seramai 40 orang murid telah menyertai bengkel Bahasa Melayu Penulisan 1.0 Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Arau, Perlis. Bengkel ini disertai oleh murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Menurut ketua panitia Bahasa Melayu, Muallim Mohammad Firdaus bin Rooslee, bengkel yang dijalankan bertujuan untuk memberi […]